Selamat Datang

Assalamualaikum...

Selamat Datang ke Blog Persatuan Alumni Pasti Al-Fathonah kami ucapkan kepada semua. Alhamdulillah. Syukur kepada illahi. Tercapai juga hasrat kita semua untuk mencipta satu blog khusus untuk persatuan yang telah ditubuhkan sejak dua tahun yang lalu.


Pada hari ini, medium blog merupakan alat media massa yang paling popular dan mudah diakses oleh semua orang. Lantaran itu, kewujudan blog ini adalah mengambil manfaat daripada medium media baru itu dan pada masa yang sama adalah bagi mempermudahkan sistem komunikasi antara semua bekas-bekas pelajar pasti al-fathonah, bukit besar. Blog ini juga memuatkan aktiviti - aktiviti yang telah dan bakal dilakukan oleh persatuan sama ada aktiviti intelektual mahupun aktiviti santai/


Blog ini sebenarnya merupakan sebuah blog persatuan. Semua aktiviti persatuan dirakam di sini untuk tatapan dan rujukan generasi masa hadapan. Persatuan Alumni yang berjaya bermula dari ikatan ukhuwah yang kukuh. Sepakat dan muafakat dalam kalangan bekas-bekas pelajar yang akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua terutamanya meneruskan kemandirian Pasti Al-Fathonah sebagai wadah awal pendidikan bagi mereka yang beragama islam.


Moga-moga dengan wujudnya blog ini maka jalinan silaturahim sesama bekas-bekas pelajar PASTI akan dapat diperkukuhkan lagi.InsyaALLAH


Selamat melayari dan tinggalkan komen sebagai paparan isi hati. Bekas-bekas pelajar PASTI yang lain dialu - alukan untuk memberi komen diblog ini untuk memperbaiki dan memeriahkan lagi blog ini di alamat email : alumnipasti_alfathonah@yahoo.com. Siru a’la barakatillah

* Blog ini telah diaktifkan pada 10 Zulhijah 1430 Hijrah bersamaan 28 November 2009

0 comments:

Post a Comment